Ok.ok..mula mula nak bagitau dulu apemende maksud magik ni..
Pengertian ‘Magic’
Di dalam kamus-kamus dan ensiklopedia Melayu, perkataan ‘magic’ diertikan antara lain :
(a) Ilmu mengawal kejadian dengan menggunakan kuasa sakti; ilmu sihir, ilmu ghaib, amalan kepercayaan primitive yang berdasarkan kepada kepercayaan kuasa ghaib, guna-guna.
(b) Ilmu mendapatkan hasil yang emnakjubkan seolah-olah dengan kuasa ghaib, silap mata (sulapan)
(c) Ilmu ghaib, suatu keyakinan dan cara yang dilakukan seseorang untuk menguasai kekuatan alam dan kekuatan super natural guna memenuhi keinginannya.
(Kamus Dwi Bahasa: Inggeris-Melayu h.752, kamus Inggeris-Melayu Dewan h. 916, Ensiklopedia Nasional Indonesia 10/27)
Di dalam pandangan orang-orang Eropah, aktiviti magic bermula dengan ahli-ahli silap mata yang mengelirukan orang ramai dengan tipu helah yang pantas, dan dengan ahli-ahli sihir yang mendakwa bahawa jampi-jampi rahsia mereka menguasai keajaiban-keajaiban alam dan undang-undang sains.
Hari ini tipu helah diersembahkan hanya sebagai hiburan oleh ahli ‘magic’ itu (ahli silap mata) yang- dengan beberapa pengecualian- menafikan sebarang ilmu ghaib atau kuasa sakti.
Di sini sy ingin share dngan anda semua rahsia silap mata.....1)rahsia menghilangkan duit syiling
-perlukan banyak latihan sebelum present-
-tangan hendaklah sentiasa cekap-
No comments:
Post a Comment